‘Watak-watak ini mempunyai rekod buruk’ – Rafizi

Masa Membaca:55 Saat

KUALA LUMPUR 20 Okt – Keghairahan pimpinan PKR dalam mengalu-alukan kehadiran ‘watak’ kontroversi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dianggap satu keputusan yang merugikan.

Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menganggap beberapa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang cuba diterima itu bukanlah jenis calon yang perlu ditampilkan Pakatan Harapan (PH).

Beliau beranggapan calon-calon tersebut mempunyai rekod buruk, selain memiliki budaya maki hamun.

“Watak-watak ini mempunyai rekod buruk dan akhlak ADUN yang suka memaki hamun bukanlah jenis calon yang kita mahu tampilkan.

“Mungkin ada keghairahan seorang dua pimpinan PKR yang melihat ini peluang untuk menjadi orang besar di Melaka.

“Tetapi janganlah keghairahan itu mempengaruhi keputusan dengan mencari jalan pintas,” katanya menerusi satu catatan di Facebook rasminya, sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pandangan tersebut hanyalah pandangan peribadi selepas mendapat mesej yang bertubi-tubi menyatakan kegusaran mengenai kerjasama dengan ADUN yang berpaling tadah itu.

“Pandangan saya ini atas rasa tanggungjawab sebagai seorang rakyat, pengundi dan aktivis veteran PKR atau PH selama ini.

“Kalau tak nak dengar pun, lantaklah tapi rakyat akan menilai,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

859
Kongsi :
Previous post COVID-19: Lebih 22 juta populasi dewasa lengkap dos vaksin
Next post PUNB tawar moratorium penuh pembiayaan perniagaan
Ubah saiz-+=