Whatsapp hanya sokong versi iOS & Android tertentu pada 2021

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KEPADA pengguna aplikasi Whatsapp yang menggunakan sistem iOS (iphone) dan Android lama, anda disaran untuk menggunakan peranti telefon pintar baharu kerana menjelang 2021, WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon pintar yang tidak menggunakan sekurang-kurangnya sistem versi iOS 9, Android 4.0.3 dan juga KaiOS 2.5.1. Bagi sistem operasi KaiOS, ianya termasuk kepada pengguna peranti JioPhone dan JioPhone 2, menurut sumber portal soyacincau.com.

Untuk iPhone, semua model iPhone hingga iPhone 4 akan kehilangan sokongan untuk WhatsApp. Ini bermakna mereka yang menggunakan iPhone 4S, iPhone 5, iPhone 5S, iPhone 6, dan iPhone 6S perlu mengemaskini sistem operasi mereka ke iOS 9 atau lebih baharu untuk terus menggunakan WhatsApp.

Untuk Android, WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon pintar yang berjalan pada versi Android sebelum 4.0.3.

Meskipun tidak banyak peranti android yang mempunyai versi itu, tetapi perlu anda ketahui antara model telefon yang tidak lagi dapat menyokong WhatsApp ialah HTC Desire, LG Optimus Black, Motorola Droid Razr, dan Samsung Galaxy S2.

Mungkin ada telefon pintar Android lain yang dapat berjalan pada versi Android yang lebih lama, namun ia akan kehilangan sokongan untuk WhatsApp ketika 2020 hampir di penghujungnya.

Oleh itu, untuk menggunakan semua ciri yang ada pada WhatsApp, pengguna perlu memastikan bahawa peranti sudah dikemaskini kepada sistem operasi yang terbaharu. Anda juga boleh menyemak peranti anda untuk mengetahui versi yang anda miliki.

Pengguna Android boleh menyemak sistem operasi seperti berikut:

  • Buka tetapan (setting)
  • Pilih tentang telefon (about phone)

Pengguna iPhone pula boleh menggunakan cara ini:

  • Buka tetapan (Setting)
  • Pilih umum (General)
  • Pilih maklumat (Information)

 

 

Views:

465
Kongsi :
Previous post ATM sahkan rangkaian datanya digodam
Next post KUIM anjur Program Cabaran Turun Berat Badan, bendung masalah obesiti
Ubah saiz-+=