
Zaidi dilantik SUK Melaka yang baharu
SERI NEGERI 5 Jan – Kerajaan negeri Melaka mengumumkan Datuk Zaidi Johari sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Zaidi, bekas Pegawai Kewangan Negeri, mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Bilik Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN).
Majlis itu disaksikan oleh barisan Exco Kerajaan Negeri.

Zaidi menggantikan Datuk Ts Kamel Mohamad yang memegang jawatan itu sejak Ogos tahun lalu.
Sulaiman dalam catatan Facebooknya mengucapkan setinggi tahniah atas pelantikan itu dan berharap Zaidi dapat menabur khidmat bakti terhadap kerajaan dan rakyat negeri.
“Sekali lagi, tahniah kepada YB Datuk Zaidi. Selamat menabur khidmat bakti kepada kerajaan negeri Melaka dan rakyat negeri Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
