Zainal cuba ‘resepi’ baharu

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KETUA Jurulatih Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC), Zainal Abidin Hassan bakal mempertaruhkan taktikal baharu bagi menghadapi saingan Liga Super 2021 bermula Mac depan.

Jelasnya, perancangan taktikal itu 100 peratus berbeza berbanding musim lepas memandangkan skuad kendaliannya kini diperkuatkan dengan kehadiran dua penyerang import.

“Musim lepas kita hanya ada satu penyerang dan tahun ini ada dua. Jadi memang kita bakal membuat satu taktikal yang berlainan kerana kita tahu kelemahan kita dahulu ialah menjaringkan gol.

“Dua penyerang baharu yang kita bawa masuk ini kita melihat mereka ada kredibiliti untuk menjaringkan gol, bergerak dan mempunyai satu aset yang kita tak ada sebelum ini.

“Jadi, saya berharap prestasi yang mereka pamerkan sebelum ini dapat diteruskan bersama Melaka United FC dan kita juga meminta rakan pemain untuk memberikan sokongan kepada mereka sepanjang musim ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainal memaklumkan pihaknya kini sudah melengkapkan senarai penuh 26 pemain yang akan menyarung jersi Hijau Putih musim ini dan kini sedang menunggu lampu hijau untuk memulakan sesi latihan dan aksi pra musim.

“Secara jujur, saya mengakui persiapan kami sedikit terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memandangkan sesi latihan kami tergendala.

“Apa yang diharap sekarang ini kami dapat menjalankan latihan seperti biasa bagi membolehkan pemain baharu dan lama mencipta keserasian bersama pasukan,” katanya lagi.

Views:

372
Kongsi :
Previous post Polis buru dua penyamun
Next post TNB rugi RM648,000, premis curi elektrik untuk melombong bitcon
Ubah saiz-+=