Zii Jia ungguli Kejohanan Badminton Asis 2022

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia muncul Juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 selepas menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie di Manila, Filipina petang ini.

Dalam aksi pentas akhir di Kompleks Sukan Muntinlupa, Zii Jia menang straight set 21-17, 23-21 dalam pertarungan selama 45 minit.

Di set pertama, Zii Jia mempamerkan aksi bertenaga apabila sentiasa berada di hadapan sebelum mencatat kemenangan.

Ketinggalan satu set, Jonatan cuba mencari rentak untuk bangkit di set kedua dengan hasrat mengheret perlawanan ke set penentuan, namun usahanya gagal apabila Zii Jia terus mendominasi perlawanan sekali gus merekodkan kemenangan 23-21.

Dalam pada itu, hasrat beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian merangkul gelaran sulung di pentas antarabangsa berkecai selepas tewas di tangan beregu Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.

Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 tewas 21-23, 10-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 52 minit itu.

Keputusan ini sekali gus menyaksikan mereka terus kempunan meraih gelaran sulung sejak digandingkan pada 2017 dengan pencapaian terbaik tujuh kali muncul naib juara termasuk di Seluruh England 2019 dan Terbuka Thailand 2020.
– BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1094
Kongsi :
Previous post Lelaki galas amanah jaga anak angkat OKU, ipar sakit kronik
Next post Ketua Menteri titip pesan kepada rakyat Melaka
Ubah saiz-+=