
ZOO MELAKA TAWAR DISKAUN RM5 HINGGA HUJUNG TAHUN
AYER KEROH 6 Oktober – Zoo Melaka menawarkan potongan harga tiket masuk sebanyak RM5 bermula Oktober hingga 31 Disember depan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata, tawaran itu antara keistimewaan yang diberikan pada bulan-bulan terakhir Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Bagaimanapun, katanya tawaran tersebut tidak terpakai untuk program Melaka Bila Larut Malam yang sudah memberikan tiket masuk pada harga RM10.
“Selain potongan harga RM5, diskaun sehingga 15 peratus juga diberikan untuk tiket yang dibeli oleh ejen pelancongan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Tambah Sapiah, lebih menarik lagi Zoo Melaka turut memberikan patung haiwan secara percuma, khusus buat pengunjung yang membeli tiket masuk pada harga melebihi RM200.
“Antara patung haiwan yang menanti pengunjung adalah seperti patung zirafah, harimau, monyet, kuda belang dan gajah,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF ADA KEYAKINAN TERHADAP BARISAN EXCO BAHARU
SERI NEGERI 19 November - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh yakin barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan...
DR. YADZIL DILANTIK TIMBALAN SPEAKER DUN MELAKA
SERI NEGERI 19 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bemban, Dr. Mohd Yadzil Yaakub diumumkan sebagai Timbalan Speaker Dewan...
PELANTIKAN PENYELARAS DUN PEMBANGKANG DIPUTUSKAN KEMUDIAN
SERI NEGERI 19 November - Kerajaan Negeri akan membincangkan cadangan pelantikan penyelaras bagi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
EXCO BAHARU MELAKA MULA GERAK KERJA, MESYUARAT PERTAMA MINGGU DEPAN
SERI NEGERI 19 November - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang pertama bagi penggal ke-16 dijadual berlangsung minggu depan, kata...
ACIK ZUL MAHU JAPERUN JADI TEMPAT RAKYAT MENGADU, KEBAJIKAN JADI KEUTAMAAN
SERI NEGERI 19 November - Kebajikan masyarakat dan memastikan setiap rintihan penduduk mendapat perhatian menjadi antara keutamaan Ahli Dewan Undangan...
AB RAUF MAHU EXCO KUASAI SELOK-BELOK PENTADBIRAN KERAJAAN
SERI NEGERI 19 November - Setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka perlu memahami selok-belok keseluruhan pentadbiran kerajaan dan...
