DR. YADZIL DILANTIK TIMBALAN SPEAKER DUN MELAKA

Masa Membaca:46 Saat

SERI NEGERI 19 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bemban, Dr. Mohd Yadzil Yaakub diumumkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi penggal Ke-16

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh yang yakin dengan keupayaan wakil rakyat bagi kawasan Bemban itu.

“Timbalan Speaker kita lantik seorang iaitu Adun Bemban Dr. Yadzil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai jawatan Speaker DUN Melaka pula, Ab Rauf berkata, calon bagi mengisi jawatan itu masih dalam pertimbangannya.

“Speaker sedang saya fikirkan. Tunggu bulan purnama,” katanya berseloroh.

Pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker merupakan antara perkara berkaitan pengurusan DUN yang akan melengkapkan struktur kepimpinan Dewan bagi penggal baharu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

325
Kongsi :
Previous post PELANTIKAN PENYELARAS DUN PEMBANGKANG DIPUTUSKAN KEMUDIAN