10 dikesan positif COVID-19, pasar raya di Cheng tutup seminggu

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PAYA RUMPUT 27 Jun – Sebuah pasar raya besar di Cheng, di sini, ditutup tujuh hari bermula esok hingga 4 Julai depan berikutan berlakunya penularan pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, sehingga kini seramai 10 pekerja di pasar raya terbabit disahkan positif COVID-19 dalam ujian saringan yang dijalankan.

Katanya, penutupan itu dilakukan sebagai langkah awal membendung penularan wabak, dengan mengesan kontak rapat pekerja selain menjalankan kerja-kerja sanitasi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat peningkatan jumlah kes harian COVID-19 di negeri ini apabila merekodkan sebanyak 380 kes, hari ini.

RAHMAD. Foto fail.

Jelasnya, majoriti kes adalah disumbangkan daripada Kluster Tembok Sungai Udang 2 membabitkan tahanan penjara dengan 165 kes.

Selain itu, Kluster Industri Jalan Mawar dan Kluster Industri Batu Berendam masing-masing menyumbang 57 dan 34 kes baharu, selain pertambahan daripada kluster-kluster lain yang masih aktif.

“Sehingga kini, 2,239 kes masih dirawat dengan 81 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 18 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Turut direkodkan pertambahan dua kematian baharu COVID-19 membabitkan lelaki warga emas berusia 81 dan 67 tahun dari mukim Bukit Baru dan Bandar Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

689
Kongsi :
Previous post Kedai makan, restoran dibenar beroperasi sehingga 10 malam bermula esok
Next post Fasa pertama PPN dikekalkan sehingga tiga indikator nilai ambang utama dicapai
Ubah saiz-+=