
10 kes baharu di Melaka berpunca aktiviti rentas negeri
AYER KEROH 18 April. – Sebanyak 10 daripada 15 kes baharu COVID-19 di Melaka pada hari ini berpunca daripada aktiviti merentas negeri.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman dalam satu kenyataan di laman Facebooknya sebentar tadi.
Rahmad berkata, mengikut rekod diterima pihaknya, 10 kes itu diklasifikasikan sebagai kes import B yang mempunyai sejarah perjalanan ke Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang.
“Faktor jangkitan adalah disebabkan aktiviti merentas negeri iaitu di kawasan Petaling Jaya dan Ampang di Selangor, Lembah Pantai dan Setapak (Kuala Lumpur), Gemas Negeri Sembilan dan Pahang.
“Manakala lima lagi kes direkodkan daripada lain-lain saringan,” katanya.
Beliau berkata, pertambahan 15 kes baharu serta sembilan kes sembuh menjadikan terdapat 226 individu sedang dirawat buat masa ini.
Selain itu, beliau turut meminta orang ramai di negeri ini agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekiranya ingin menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
