Sorting by

×

1,000 papan telur percuma ‘licin’ dalam 45 minit

Masa Membaca:1 Minit, 57 Saat

TELOK MAS 9 Julai – Dalam masa 45 minit sahaja sebanyak 1,000 papan telur percuma habis diagihkan kepada orang ramai dalam sebuah program julung kali diadakan JAPERUN Telok Mas, di sini, pagi tadi.

Program bermula jam 9.15 pagi itu diedarkan secara pandu lalu menerima sambutan hebat apabila ia diedarkan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman kepada setiap individu yang memasuki kawasan itu tanpa had kepada mana-mana keluarga.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, rata-rata orang ramai menyambut baik program diadakan sehinggakan berlaku sedikit kesesakan kecil di kawasan itu berikutan terdapat kenderaan menunggu yang berbaris mendapatkan telur percuma diedarkan secara pandu lalu.

Bagaimanapun keadaan itu masih terkawal kerana dikawal petugas terlibat dan mampu dihabiskan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata inisiatif itu diadakan bagi membantu masyarakat yang kini berdepan isu kenaikan harga barangan.

Selain itu, ia juga bagi membantu penduduk menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha esok.

“Program seperti ini akan kita laksanakan lagi pada masa akan datang bagi mengagihkan barangan asas percuma kepada rakyat.

“Mungkin selepas ini kita akan cari pula jika ada individu mahupun syarikat yang mampu bekerjasama dengan JAPERUN Telok Mas untuk kita agihkan barangan lain seperti minyak masak dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

TELOK MAS 9 Julai – Sebahagian penduduk yang hadir sempena Program Pengagihan 1,000 Papan Telur Percuma sempena Hari Raya Aidiladha di Japerun Telok Mas. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, seorang penduduk, Nornizam Jamal mengungkapkan rasa syukurnya selepas menjadi antara penerima telur percuma dalam program berkenaan dan berharap ia mampu diteruskan pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, terima kasihlah sebab ini pun membantu juga kerana sekarang pun harga telur dah naik, jadi dapat juga membantu untuk persediaan pada raya esok.

“Kita harap program yang bermanfaat ini mampu diadakan pada masa akan datang agar penduduk kampung diberi perhatian dengan apa yang patut dibantu,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Faizal Azhar Jamaludin meluahkan rasa terima kasihnya kepada kepimpinan di kawasan itu yang mendengar denyut nadi rakyat.

“Kita harap perkara ini mampu diteruskan pada masa akan datang malah mencadangkan agar setiap DUN di negeri ini mencontohi usaha yang dilaksanakan ini untuk dilaksanakan di seluruh kawasan masing-masing agar ia sedikit sebanyak dapat membantu rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1033
Kongsi :
Previous post Cukup-cukuplah main politik, mari fokus bantu rakyat – Abdul Razak
Next post Elak peningkatan kes COVID-19 sewaktu Aidiladha – EXCO
Ubah saiz-+=