Sorting by

×

115 PASUKAN BERENTAP REBUT KEJUARAAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA MELAKA 2026

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 27 Jun – Sebanyak 115 pasukan dari dalam dan luar negara berentap merebut gelaran juara dalam Perlumbaan Perahu Naga Melaka 2026 edisi ke-41 yang berlangsung hari ini dan esok di Dataran Muara Sungai Melaka.

Acara itu merupakan antara pengisian yang diisi sempena Festival Sungai Melaka 2026, di mana ia dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka bersama Persatuan Perahu Naga Negeri Melaka dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

Bermula seawal jam 8 pagi perlumbaan itu menghimpunkan peserta dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Australia, China, Brunei, Singapura dan Filipina.

Pada hari pertama, pasukan pendayung berlumba sejauh lapan kilometer (km) menggunakan perahu panjang berhias kepala dan ekor naga sambil mengikut rentak pukulan gendang.

Acara berprestij itu menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang hadir bagi menyaksikan aksi penuh bertenaga para peserta.

Sorakan dan tepukan gemuruh daripada rakyat tempatan serta pelancong yang berada di sepanjang persiaran Dataran Muara Sungai Melaka jelas mencerminkan semangat kesukanan, perpaduan dan kemeriahan acara.

Perlumbaan bertaraf antarabangsa itu berlangsung selama dua hari bermula 27 Jun dan kategori bagi 200 meter akan dipertandingkan pada 28 Jun.

Kemuncak acara serta perasmian sukan tahunan itu akan disempurnakan oleh Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem, di lokasi yang sama, esok.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

460
Kongsi :
Previous post KPKT LULUS 5 PERMOHONAN BINA BAHARU RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN DI JASIN
Next post MIMPI NGERI BANJIR KILAT MALIM JAYA BERAKHIR