13 koperasi baharu ditubuhkan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

TELOK MAS 14 Julai – Sebanyak 13 koperasi baharu yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan di Melaka ditubuhkan dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, antara jenis perniagaan yang dijalankan koperasi baharu itu membabitkan sektor perkhidmatan dan pertanian.

Katanya, penubuhan koperasi baharu itu sekali gus perkembangan baik bagi usahawan meningkatkan perniagaan masing-masing yang mana Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka mensasarkan sekurang-kurangnya 24 koperasi baharu ditubuhkan tahun ini.

“Daripada 13 koperasi baharu ini, tujuh daripadanya terlibat dalam perniagaan sektor pertanian, lima lagi sektor perkhidmatan manakala satu lagi berkaitan kepenggunaan.

“Jumlah koperasi ini sekali gus meningkatkan koperasi sedia ada yang sebelum ini berjumlah 467 koperasi di Melaka.

“Perkembangan baik ini turut menyumbangkan kepada prestasi petunjuk prestasi utama (KPI) memberangsangkan yang mana pada tahun lalu merekodkan peningkatan KPI kepada 14.53 peratus berbanding 14.32 peratus tahun 2021 sekali gus merekodkan prestasi ketiga terbaik SKM di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Jelajah Koperasi bersamanya sempena Bulan Koperasi Kebangsaan peringkat negeri di Kedai Runcit Koperasi Kakitangan Penjara Melaka Berhad.

Hadir sama, Pengarah SKM Melaka, Mohd Firdaus Shaari DAN Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Melaka, Ab Rahim Tawel.

photo_2023-07-14_14-12-21
Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin

Terdahulu, pada program berkenaan, beliau bersama timbalannya, Tuminah Kadi@Mohd Hashim mengadakan lawatan ke ladang ternakan ayam kampung kacuk Koperasi Haji Sharie Melaka Berhad di Asahan, Jasin sebelum melawat ladang tanaman cili Koperasi Usahasama Tani Melaka Berhad di Ramuan Cina, Masjid Tanah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini SKM Melaka membiaya sebanyak RM2.95 juta kepada koperasi menerusi Tabung Modal Pusingan SKM (TMP-SKM) di Melaka.

“Bagi bantuan geran pembangunan, SKM Melaka sudah meluluskan lapan permohonan membabitkan jumlah sebanyak RM404,000,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1480
Kongsi :
Previous post MAPEX 2023 tawar harga rumah serendah RM136,000
Next post Ab Rauf promosi Festival TMM2024 di Malaysia Hari Ini
Ubah saiz-+=