14 barangan harga terkawal sempena Krismas

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 23 Disember – Sebanyak 14 jenis barangan telah diwartakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai baranhan terkawal bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, tempoh pelaksanaan adalah selama lima hari bermula 23 Disember hingga 27 Disember ini.

Katanya, pengguna boleh lakukan semakan harga menerusi website KPDN di https://www.kpdn.gov.my.

“Antara 14 barangan tersebut adalah daging kambing biri-biri bertulang import; tomato; lada benggala hijau; kobis bulat; lobak merah; cili merah; ubi kentang import; bawang merah import; bawang kuning besar.

“Selain itu, ia turut membabitkan ayam tua hidup; kepak ayam; babi hidup; daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

“Tempoh pelaksanaan SHMMP Krismas ini bersesuaian mengikut keadaan semasa dengan mewujudkan suasana menang-menang antara pengguna dan peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Penguatkuasaan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 di sebuah pasaraya di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Tuminah Kadi @Mohd Hashim dan Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar.

Mengulas lanjut, Allex berkata pegawai penguatkuasa KPDN telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik bagi memantau pelaksanaan skim tersebut.

“Mana-mana peniaga jika didapati bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

“Kesalahan menjual barangan harga terlawal boleh didenda di mahkamah sehingga RM100,000 (individu) dan 500,000 (syarikat) atau kompaun hingga RM50,000 (individu) atau RM250,000.

“Manakala bagi kesalahan gagal meletak tanda harga berwarna merah jambu bagi harga barangan terkawal boleh dikenakan denda mahkamah sehingga RM10,000 (individu) atau RM20,000( syarikat) atau dikompaun sehingga RM5,000 (individu) atau RM10,000( syarikat),” katanya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

966
Kongsi :
Previous post TMM2024: Jangan ambil kesempatan naikkan harga
Next post KPDN Melaka ‘terjah’ peniaga cuba ambil kesempatan
Ubah saiz-+=