14 STESEN AMARAN AWAL BANJIR SELURUH MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 23 November – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka menyediakan 14 stesen siren amaran banjir bagi membolehkan penduduk di kawasan berisiko melakukan persediaan awal menghadapi bencana itu.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Ir. Ts. Dr. Muhammad Khairudin Khalil berkata, sensor dipasang akan mengaktifkan siren telemetri apabila paras air sudah melepasi tahap-tahap tertentu yang sudah ditetapkan.

Mengulas lanjut berliau berkata, tiga daripada sistem itu dipasang di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (6) dan Jasin (5).

“Stesen ini dibina di lokasi strategik kerap dinaiki air, siren akan berbunyi sebanyak dua kali, iaitu untuk kali pertama adalah sebagai peringatan supaya penduduk berwaspada. Namun apabila siren kali kedua berbunyi itu adalah amaran bahaya kawasan berkenaan dalam keadaan bahaya.

“Kesemua siren amaran ini akan dipastikan berada dalam keadaan baik dan pasukan hidrologi kami melaksanakan pemeriksaan rutin setiap bulan.

“Sekiranya ada siren amaran yang tidak berbunyi, laporan akan dibuat pasukan hidrologi dan penyelenggaraan akan dilaksanakan pada kadar segera,” katanya.

Menurutnya, selain itu JPS Melaka turut mengendalikan 39 stesen hujan atau Stesen Rangkaian Hidrologi Nasional yang juga antara kaedah dalam mengesan kemungkinan berlaku bencana banjir.

“Stesen hidrologi ini merangkumi beberapa stesen lain antaranya stesen hujan, aras air sungai dan kualiti air sungai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

168
Kongsi :
Previous post MANGSA BANJIR MELAKA MENINGKAT KEPADA 264 ORANG
Next post KEJADIAN RAGUT BUKAN DI KRUBONG JAYA
Ubah saiz-+=