KEJADIAN RAGUT BUKAN DI KRUBONG JAYA

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 23 November – Polis Daerah Melaka Tengah menafikan berlaku kejadian ragut melibatkan seorang wanita di Krubong Jaya, baru-baru susulan tular satu rakaman video.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pada Khamis pihaknya telah mengesan sebuah video pendek dipercayai dari status WhatsApp seorang individu tular dan mencetuskan kebimbangan masyarakat awam.

Katanya, video pendek berdurasi 26 saat dipercayai hasil daripada rakaman CCTV (kamera litar tertutup) itu memaparkan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal meragut seorang wanita yang sedang menunggang motosikal.

“Bersama video itu, turut ditulis ‘Krubong jaya dah bahaya dah sekarang ni … kes rompak sana sini …risau aaaa’, dan perkara ini mengundang kerisauan penduduk setempat khususnya.

“Susulan daripada itu semakan dibuat dan mendapati kejadian bukan berlaku di Krubong Jaya seperti didakwa sebaliknya di Bandar Baru Klang, Selangor selain tangkapan juga sudah dibuat pasukan polis,” katanya.

Menurut Christopher, pihaknya memandangkan serius penyebaran berita palsu selain tidak akan berkompromi dengan individu yang melakukan perkara itu.

“Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak atau individu yang didapati menyebar berita tidak benar mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

342
Kongsi :
Previous post 14 STESEN AMARAN AWAL BANJIR SELURUH MELAKA
Next post ‘AH SEM’ MAHU BINA TIGA MASJID
Ubah saiz-+=