1,571 orang Melaka ‘kena tipu’ tahun lalu

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 1 Mei – Seramai 1,571 rakyat Melaka antara yang menjadi mangsa penipuan ‘scammer’ sepanjang tahun lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka Deputi Superintendan Azmi Aziz berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 1,340 mangsa pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, sepanjang 2023, nilai kerugian yang direkodkan ialah berjumlah RM40.5 juta yang mana ia meningkat RM10 juta berbanding tahun 2022.

Jelas beliau lagi, antara kes tertinggi direkodkan di negeri ini ialah tipu pembelian dalam talian iaitu sebanyak 528 kes dan diikuti tipu pelaburan tidak wujud sebanyak 296 kes.

“Kedua-dua modus operandi ini meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun 2022 kerana penjenayah siber ini semakin bijak dalam mencari kelemahan mangsa sasaran mereka.

“Namun begitu, ada juga modus operandi yang menunjukkan penurunan kes antaranya tipu tawaran pekerjaan, tipu phone scam, tipu love / parcel scam, tipu tawaran pekerjaan dan tipu menyamar rakan pinjam wang.

“Jadi, kita melihat kesedaran itu sudah ada dalam kalangan rakyat, namun penjenayah ini akan terus mencari kelemahan baharu dalam memperdaya mangsa sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan podcast ‘Mana Lagi, Melaka Ler’ di Studio Melaka TV.

Menurut Azmi, pihak polis akan terus memerangi jenayah siber di negeri ini, termasuk memastikan kesedaran rakyat pada tahap terbaik untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa.

“Kita ada banyak undang-undang dan tidak akan sesekali mengalah dalam peperangan menentang ‘scammer’ ini kerana kita akan kejar hingga ke lubang cacing,” tegasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

724
Kongsi :
Previous post Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, terbaik dalam sejarah – PM
Next post Meluruskan sejarah: Melaka bakal bekerjasama dengan Universiti Leiden, Belanda
Ubah saiz-+=