190 individu terima anugerah kebesaran negeri hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

AYER KEROH 10 Okt. – Seramai 190 individu telah menghadirkan diri bagi menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran negeri Melaka 2020 sesi pertama sempena Sambutan Hari Jadi ke 71, Yang di Pertua Negeri, Tun (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam diadakan di Balai Istiadat, Seri Negeri, di sini hari ini.

Isitiadat mendahului penerima mendahului senarai penerima dengan anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mohd Firuz Jafril.

Istiadat itu kemudiannya menyempurnakan anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) dengan penerima seramai tujuh individu membawa gelaran Datuk Wira, didahului Exco Wanita Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Wira Latipah Omar, Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Mat Kassim Karim dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Sazali Muhd Din dan Ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Wira Dr. Irmohizam Ibrahim.

Selain itu, seramai sembilan individu menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM). Senarai itu termasuk, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman, diikuti Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) Datuk M.Ravi.

Sesi pertama yang diadakan hari turut mengurniakan kepada 29 individu yang menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran datuk.

Senarai itu didahului, Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Norhayati Rusli; Panglima 1 Bridged, Markas Briged Pertama Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Datuk Mhd Nazri Abd Rahman diikuti Asistan Ketua Staf Sumber Manusia Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Abu Bakar Mohd Ajis.

Anugerah kemudian diteruskan dengan Pengurniaan Darjah Seri Melaka (DSM) seramai lapan individu, Bintang Cemerlang Melaka, (BCM) 22 orang, Bintang Khidmat Terpuji (BKT) 36 orang, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 45 orang, Pingat Bakti Masyarakat (PBM) 30 orang dan Pingat Khidmat Lama (PKL) dua orang.

Istiadat Penganugerahan Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran negeri Melaka 2020 pada sesi pertama diadakan itu telah ditanguhkan kira-kira jam 11 pagi tadi menerusi upacara empat sesi bermula hari ini dan esok malah akan bersambung pada 30 Oktober dan 1 November depan.

Views:

2301
Kongsi :
Previous post Melaka perlu agresif perkasa ekonomi
Next post Kontak rapat kes sporadik Tanjung Kling bebas COVID-19
Ubah saiz-+=