
20 rumah hangus, 100 penduduk Kampung Simunul hilang tempat tinggal
SEMPORNA 2 April – Dua puluh rumah atas air musnah dalam kebakaran di Lorong 5, Kampung Simunul, di sini, pagi tadi menyebabkan kira-kira 100 penghuni hilang tempat tinggal.
Kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah dan api merebak dengan cepat membabitkan keluasan 0.4 hektar berikutan kedudukan rumah yang rapat, namun tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dalam kejadian itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Fazizul Hizam Borhan berkata, 19 anggota bomba termasuk pasukan bantuan dari Kunak dan Balai Bomba Atas Air Semporna bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.13 pagi.
“Setiba di lokasi, pasukan bomba melakukan pemadaman dengan teknik ‘Offensive Firefighting’ dan berjaya mengawal kebakaran itu sepenuhnya pada 1.11 tengah hari,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 5 BBP Tawau.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS KENAL PASTI IDENTITI TIGA SEKELUARGA TERKORBAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH
ROMPIN 15 Ogos - Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TARIK PERHATIAN ORANG MUDA
PENGKALAN BATU 15 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat diakui menjadi medium yang amat berkesan dalam mendengar permasalahan,...
MOOD MERDEKA BERMULA DARI PINTU GERBANG, MPHTJ HIAS LALUAN MASUK KE MELAKA
AYER KEROH 15 Ogos - Aspek kebersihan dan landskap sepanjang laluan masuk ke Melaka diberikan perhatian oleh Majlis Perbandaran Hang...
LPM TERIMA LEBIH 200 PERMOHONAN BAGI PROGRAM MELAKA RUMAHKU
AYER KEROH 15 Ogos - Lebih 200 permohonan diterima Lembaga Perumahan Melaka (LPM) membabitkan bina baru dan baik pulih kediaman...
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
