
200 warga Gadek terima bantuan Ramadan
GADEK 17 Mac – Golongan memerlukan yang dikategorikan sebagai fakir dan miskin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek tidak dilupakan menjelang kehadiran bulan Ramadan dan Syawal nanti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek VP Shanmugam berkata, untuk tahun ini seramai 200 penerima bantuan terdiri daripada 198 penerima kategori miskin dan dua penerima kategori fakir telah diberikan bantuan itu.
“Pada tahun ini, seramai 8,200 penerima bantuan dalam kalangan asnaf fakir miskin di seluruh Negeri Melaka telah dikenal pasti menerima bantuan Ramadan dan Syawal yang mana 8,000 penerima adalah kategori miskin dan 200 ketagori fakir.
“Manakala bagi DUN Gadek sahaja, setakat ini jumlah penerima bantuan tahun 2023 adalah 200 orang terdiri daripada dua penerima kategori fakir dan 198 penerima ketagori miskin,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya di sini, hari ini.
Terdahulu Shanmugam hadir pada Majlis Pengagihan Bantuan Ramadan & Syawal (Zakat Fitrah) serta Pengagihan Fidyah kepada Asnaf Fakir & Miskin Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Tahun 2023M/1444H bertempat di Kompleks Japerun Gadek, di sini pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
ZIARAH KASIH JADI RUTIN ‘AH SEM’
MACHAP JAYA 24 Mei - Nasib rakyat memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus terbela menerusi inisiatif...
