
2,000 MERIAHKAN IFTAR JAMAIE BERSAMA KETUA MENTERI
BUKIT PALAH 8 Mac – Kira-kira 2,000 umat Islam membanjiri Dataran Pusat Islam Melaka, di sini, pada Majlis Iftar Jamaie Mega Bersama YAB Ketua Menteri Melaka Sempena Program Ihya Ramadan Peringkat Negeri Melaka Tahun 1446H/2025M, hari ini.
Walaupun keadaan cuaca mendung, namun seawal jam 6 petang, orang ramai mula membanjiri kawasan dataran dan mengambil tempat duduk sebelum program bermula.
Antara pengisian program adalah sumbangan Bantuan Kewangan Kepada Institusi Tahfiz Berdaftar Penuh, selain sesi takzirah yang disampaikan oleh Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim.

Turut diadakan bacaan tahlil yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil sebelum diteruskan dengan Iftar Jamaie sebaik azan Maghrib berkumandang.
Majlis itu diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang turut menyempurnakan penyampaian sumbangan.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh; barisan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta kenamaan lain.
Pada majlis sama, Ab Rauf turut meluangkan masa menyantuni pelajar-pelajar tahfiz yang hadir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.