Sorting by

×

LORI TANGKI BAWA MUATAN 22,000 LITER PETROL DAN DIESEL TERBALIK, PEMANDU CEDERA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ALOR GAJAH 8 Mac – Seorang pemandu lori tangki membawa muatan petrol dan diesel cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Taman Mutiara, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang itu, pemandu lori berusia 63 tahun cedera di kepala dan pinggang dan dirawat di Hospital Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati lori tangki berkenaan yang membawa muatan 22,000 liter petrol dan diesel sedang dalam perjalanan dari arah Port Dickson menuju ke sebuah stesen minyak di Masjid Tanah.

Katanya, ketika melalui persimpangan lampu isyarat Taman Mutiara, lori terbabit yang sedang membelok ke kanan hilang kawalan lalu terbalik.

“Akibat gagal mengawal kenderaan, lori tersebut telah terbabas melanggar segi tiga pembahagi jalan dan terbalik menyebabkan kenderaan berat itu mengalami kerosakan di kepala dan tangki belakang.

“Pemandu lori yang mengalami luka di kepala dan sakit pinggang telah dibawa ke Hospital Alor Gajah dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Ashari berkata, akibat kemalangan itu, lorong kiri jalan berkenaan terpaksa ditutup sehingga jam 3 pagi dan pihak bomba mengambil masa kira-kira lapan jam untuk membersihkan sisa minyak yang tumpah.

Katanya, pihak polis masih mengesan saksi bebas yang melihat kemalangan tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai Rule 10 LN 166/59.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post LAPAN LELAKI ‘KANTOI’ PONTENG PUASA DI MELAKA
Next post 2,000 MERIAHKAN IFTAR JAMAIE BERSAMA KETUA MENTERI