
2024 jadi Tahun Melawat Melaka
SERI NEGERI 12 Disember – Kerajaan Negeri akan mempergiat promosi sektor pelancongan sepanjang tahun depan sebagai persediaan kepada Tahun Melawat Melaka 2024.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Tahun Melawat Melaka 2024 akan bertemakan “Melaka Bandaraya Warisan
Dunia UNESCO” dan “Melaka Is The Place To Be”.
Menurut beliau, penganjuran itu dijangka berupaya menarik seramai 8.4 juta pelancong dengan pendapatan sebanyak RM10 bilion pada 2024.
“Usaha mempromosi pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 dipergiat melalui inisiatif program teaser sejarah Melaka di seluruh rangkaian dan saluran pengenalan hotel. Ia bakal memaparkan sejarah dan warisan sekaligus mempromosikan Melaka sebagai most historical state.
“Pada masa sama, sepanjang 2023, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM3 juta bagi menganjurkan program atau Festival Malaysia Melaka melalui 17 acara pelancongan utama sebagai tujuan promosi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) 2022 pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Dewan Persidangan DUN, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SAYANG RAKYAT: 220 RUMAH UZUR DIBINA, DIBAIK PULIH
REMBIA 9 Ogos - Sebanyak 220 rumah rakyat di seluruh Melaka telah dibantu menerusi inisiatif Kerajaan Negeri dengan 110 daripadanya...
GEMBIRA BAKAL DAPAT RUMAH BAHARU SAMPAI TAK BOLEH TIDUR
GADEK 9 Ogos - Kerana terlalu gembira selepas dimaklumkan akan menerima rumah baharu pasangan warga emas yang juga orang kurang...
WAKIL RAKYAT MELAKA TAK ‘RILEKS’
GADEK 9 Ogos - Atas semangat Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) semua jentera Kerajaan Negeri digerakkan dan turun padang untuk membantu...
RUMAH PMR GANTI PONDOK ZINK NURSAJIDAH
AYER MOLEK 9 Ogos - Ujian dilalui Nursajidah Md Nor, 41, dan anak lelaki berusia enam tahun yang berteduh dalam...
RAKYAT SAMBUT BAIK WRUR, PUJI KEMAJUAN MELAKA
PAYA RUMPUT 9 Ogos – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan sahaja menjadi wadah mendekatkan kepimpinan negeri dengan masyarakat,...
TOK RAUF SELESA DUDUK SEMEJA, DENGAR 1,001 MASALAH RAKYAT
GADEK 9 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf lebih selesa duduk semeja di warung menjadi persinggahan untuk...
