Runtuhan siling Dataran Pahlawan dibaiki segera – Exco

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 12 Disember – Kerja membaiki siling runtuh di pusat beli-belah Dataran Pahlawan akan disegerakan bagi mengelakkan pendapatan 133 peniaga gerai kraftangan di situ terus terjejas.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata buat masa ini sebahagian daripada gerai kraftangan di kawasan itu ditutup atas sebab keselamatan

Katanya setakat semalam kira-kira lima gerai terjejas akibat siling runtuh dan siasatan sedang dijalankan oleh bahagian kejuruteraan  Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Dijangka runtuhan akan turut menjejaskan beberapa lagi gerai. Kejadian ini dipercayai berpunca daripada kebocoran di lantai aras dua selain barangan jualan yang digantung peniaga. Bahagian yang runtuh adalah jenis siling kapur yang tidak boleh menampung beban terlalu berat.

“Biarpun ini lokasi ini dibawah MBMB namun ia diserahkan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang bertanggungjawab mengendali gerai tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Rahmad berkata, setakat ini kejadian tidak menyebabkan kemalangan jiwa membabitkan peniaga, pengunjung atau pelancong asing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1827
Kongsi :
Previous post 2024 jadi Tahun Melawat Melaka
Next post Banjir: Hampir 100 anggota APM bertugas di Pasir Mas
Ubah saiz-+=