
Banjir: Hampir 100 anggota APM bertugas di Pasir Mas
PASIR MAS, 12 Disember – Hampir 100 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan ditugaskan melaksanakan operasi serta pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara di jajahan Pasir Mas sejak Jumaat lepas.
Pengarah APM Kelantan Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata operasi turut melibatkan anggota daripada kawasan yang tidak terjejas banjir.
Beliau berkata setakat ini, banjir di negeri ini hanya melibatkan Pasir Mas khususnya Rantau Panjang.
“Selain anggota sedia ada di Pasir Mas, operasi pemindahan turut dibantu anggota dan logistik dari Tumpat dan Tanah Merah yang tidak terkesan banjir,” katanya kepada pemberita ketika melakukan pemantauan situasi banjir di Kampung Serongga, Repek di sini hari ini.
Mohd Adzhar berkata dalam tempoh bencana, pihaknya melaksanakan pemantauan 24 jam di kawasan terjejas banjir.
“Ketika ini situasi banjir di Pasir Mas terkawal dan diharapkan tidak berlaku perkara di luar jangkaan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELANCONG SETUJU MELAKA LOKASI IDEAL WAKILI MALAYSIA PADA WTD 2025
BANDA HILIR 6 Julai - Kehebatan Melaka di mata pelancong tidak mampu disangkal lagi dengan pemilihannya selaku tuan rumah Hari...
WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA SELEPAS AKTIVITI MENYELAM DI PULAU TIOMAN
KUANTAN 6 Julai - Seorang lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas melakukan aktiviti menyelam di pantai Kampung Paya, Pulau...
BANTU RAKYAT LEBIH UTAMA – AB RAUF
ALOR GAJAH, 6 Julai – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa agenda membantu rakyat mesti menjadi...
POLIS TAHAN TIGA LELAKI JUAL MC PALSU DI SUNGAI PETANI
SUNGAI PETANI 6 Julai - Tiga lelaki termasuk seorang bekas pengacara majlis perkahwinan berusia lingkungan 40-an ditahan polis kerana disyaki...
183 ANAK YATIM DIRAI SEMPENA 10 MUHARAM
ALOR GAJAH 6 Julai - Seramai 183 anak yatim bawah usia 12 tahun diraikan dalam Majlis Menyantuni Anak-Anak Yatim Parlimen...
SANGGAR BATIN SEMBILAN UNGGULI ZAPIN RENTAK BERTANDAK ANTARABANGSA 2025
BANDA HILIR 5 Julai - Kesungguhan Kumpulan Sanggar Batin Sembilan dari Bengkalis, Indonesia, datang ke negeri ini bagi bersama-sama memeriahkan...