Sorting by

×

21 keluarga pengamal media Melaka terima bantuan awal persekolahan

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KLEBANG 11 Februari – Seramai 21 keluarga pengamal media Melaka menerima bantuan awal persekolahan sekali gus membantu mengurangkan beban keluarga dalam persediaan pembukaan sesi persekolahan 2023.

Pengerusi Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika), Amir Mamat berkata, bantuan sebanyak RM200 termasuk alat tulis telah diagihkan selaras dengan misi penubuhan kelab itu bagi memastikan kebajikan pengamal media negeri ini dijamin.

“Pendika akan sedaya upaya membantu sebaik mungkin untuk memastikan setiap keluarga terlibat tidak terkecuali daripada menerima bantuan kebajikan seperti ini.

“Ini sekali gus bertepatan dengan misi pembentukan kelab ini bagi memastikan kebajikan ahli pengamal media di Melaka yang terdiri daripada pengamal media bercetak, elektronik dan portal berita tetap terus dibela.

“Bertepatan dengan program hari ini, bantuan yang disalurkan kali ini sekali gus membantu peruntukan kewangan keluarga terlibat dalam persediaan untuk anak mereka meneruskan sesi persekolahan bagi tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan pembukaannya pada Program Bantuan Awal Persekolahan Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RUTC) Klebang, di sini hari ini.

Program yang diadakan terbabit telah dirasmikan Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi, Datuk Rais Yasin.

Sementara itu, Rais berkata, kerajaan negeri memberi sokongan penuh malah memberi penghargaan kepada pengamal media di negeri ini yang sering membantu dalam pembentukan kerajaan yang stabil.

“Hubungan baik kerajaan negeri bersama pengamal media akan terus ditingkatkan sebagai medium utama memberi persepsi positif selain membantu kita membentuk kerajaan yang stabil,” katanya.

Terdahulu, dalam program diadakan itu, beliau turut menyumbangkan bantuan peribadinya kepada setiap anak-anak pengamal media yang hadir bagi membantu keluarga terlibat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3671
Kongsi :
Previous post Melaka sokong sesi persekolahan 8 pagi, perlu ada kajian terperinci
Next post Jagung Azmi dapat permintaan negara luar
Ubah saiz-+=