
27 mangsa banjir di Baling masih ditempatkan di dua PPS
ALOR SETAR, 4 Ogos – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling berkurangan kepada 27 orang pada pagi ini berbanding 31 orang malam tadi.
Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Lt (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil berkata seramai 13 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Habsah manakala 14 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Dewan Tun Abdul Razak setakat pukul 8 pagi ini.
“Sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga orang telah pulang ke rumah malam tadi sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang masih berada di dua PPS yang dibuka sejak Selasa lepas seramai 27 orang daripada tujuh keluarga.
“Kesemua mangsa dijangka akan pulang ke rumah masing-masing hari ini dan PPS akan ditutup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hujan lebat selama lebih satu jam, Selasa lepas telah menyebabkan beberapa rumah di Mukim Baling, Mukim Bakai dan Mukim Siong dinaiki air.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM NAFI PREMIS PANEL NAIKKAN HARGA BARANG BANTUAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan dakwaan premis panelnya mengenakan harga jualan tinggi kepada penerima...
RESTORAN ARAB ‘KANTOI’ SOROK 230KG MINYAK MASAK SUBSIDI DALAM TIMBUNAN SAMPAH
PENGKALAN BATU 2 Oktober - Taktik sebuah restoran makanan Arab menyembunyikan kira-kira 230 kilogram minyak masak bersubsidi di sebalik timbunan...
JEMAAH LEBIH SELESA TUNAI IBADAH, TERIMA KASIH TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Selepas hampir setahun ditutup akibat masalah kebocoran serius, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak, kini kembali dibuka...
MBMB SEIMBANG TANGANI ISU RAKYAT, CERIAKAN KAWASAN PENTADBIRAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keceriaan bandar,...
MAIM TAMPIL BANTU PESAKIT SINDROM STEVENS-JOHNSON
KOTA LAKSAMANA 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tampil membantu seorang pesakit sindrom Stevens-Johnson, Hamdan Hashim, 39, memerlukan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID PENGKALAN BALAK YANG BERWAJAH BAHARU
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jawahir, Pengkalan...

