276 murid B40 terima sumbangan persekolahan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

PAYA RUMPUT 28 Februari – Seramai 276 murid sekolah rendah dari 30 sekolah di bawah Parlimen Tangga Batu menerima sumbangan awal persekolahan bagi sesi akademik 2023 yang bermula bulan depan.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata sumbangan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM55,200.

Menurutnya, kesemua murid itu akan menerima baucar bernilai RM200 dan boleh digunakan di semua rangkaian Pasar Raya Hari-Hari seluruh Negeri Melaka.

“Mengikut pecahan seramai 100 murid dari 11 sekolah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput; 71 pelajar dari tujuh sekolah (DUN Klebang); 61 pelajar dari enam sekolah (DUN Pantai Kundor) dan 44 pelajar dari enam sekolah (DUN Sungai Udang).

“Kita berikan sumbangan dalam bentuk baucar bernilai RM200 kepada setiap penerima dan mereka boleh gunakan baucar tersebut untuk membeli kelengkapan seperti beg sekolah, pakaian dan alat tulis di Pasar Raya Hari-Hari berhampiran mereka.

“Kesemua murid yang dipilih ini merupakan golongan B40, dan diharapkan dengan bantuan awal persekolahan ini dapat meringankan beban ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Majlis Penyampaian Bantuan Serahan Sekolah Rendah Sumbangan Kerajaan Negeri Melaka sesi Akademik 2023 di Dewan Paya Rumput Perdana, di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2023-02-28 at 13.11.30
WAJAH-WAJAH ceria penerima sumbangan persekolahan.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Lim Ban Hong; Adun Pantai Kundor Tuminah Kadi dan Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) Datuk Mustafa Musa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1197
Kongsi :
Previous post Kondominium jadi tempat bungkus dadah
Next post Guru boleh diarah hadir bertugas semasa cuti penggal persekolahan
Ubah saiz-+=