300 petugas JKM siap sedia digerakkan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PENGKALAN BATU 18 April – Seramai 300 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sentiasa dalam keadaan bersedia untuk digerakkan ke lokasi banjir atau bencana alam bagi membantu mangsa yang terjejas.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, sebagai contoh setiap kali berlaku banjir, petugas JKM antara petugas barisan hadapan paling awal turun ke lapangan.

“Pegawai JKM ini akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menyelaraskan proses pemberian barangan keperluan selain membantu menguruskan keperluan lain untuk memberikan keselesaan kepada mangsa.

“Selain itu ada pegawai JKM ini yang layak untuk memberikan khidmat kaunseling kepada mangsa,” katanya ketika ditemui pada Jamuan Temasya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di Kompleks Japerun Pengkalan Batu, di sini, semalam.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman; Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari.

Kalsom yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu berkata, mangsa banjir dinasihatkan supaya mengikut prosedur yang sudah ditetapkan bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada mereka.

“Buat laporan polis berhubung keadaan rumah terjejas akibat banjir dan isi borang, proses ini mungkin mengambil sedikit masa tetapi perlu kerana membabitkan peruntukan kewangan. Jika ikut prosedur ia akan memudahkan permohonan yang diuruskan agensi berkenaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

109
Kongsi :
Previous post Berlatih jinak buaya sejak darjah tiga
Next post Tema 60-an meriahkan rumah terbuka DUN Pengkalan Batu
Ubah saiz-+=