
32 mangsa banjir dipindahkan di Alor Gajah
ALOR GAJAH 20 September – Seramai 32 mangsa di daerah Alor Gajah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat berterusan semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, PPS Balai Raya Bukit Balai dibuka pada jam 12.00 tengah malam tadi bagi menempatkan semua mangsa berkenaan.
Katanya, semua mangsa yang dipindahkan itu melibatkan tiga kawasan kampung iaitu Kampung Balai, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Belimbing Dalam.
“Jumlah mangsa yang dipindahkan malam tadi adalah seramai 10 orang membabitkan empat keluarga namun meningkat kepada 32 orang daripada lapan keluarga setakat jam 8 pagi tadi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
