40 asnaf Taboh Naning terima sumbangan zakat wakalah

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TABOH NANING 6 April – Seramai 40 asnaf dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning menerima zakat wakalah daripada Telekom Malaysia (TM) Melaka bersempena Ramadan tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Md Zin berkata, sumbangan itu berupa wang tunai dan pemberian kit makanan asas kepada penerima.

Tambahnya, turut diadakan pengagihan 1,000 bekas bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.

“Saya dimaklumkan Taboh Naning adalah DUN yang pertama daripada tujuh DUN yang dipilih oleh TM untuk menjalankan sosial tanggungjawab korporat (CSR) dan penyerahan zakat wakalah TM.

“Turut diadakan gotong-royong memasak bubur lambuk oleh kakitangan Japerun untuk diagihkan kepada asnaf yang menerima zakat dan pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Penyerahan Zakat Wakalah TM di Japerun Taboh Naning di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengurus Besar TM Datuk Rozlan Mohamed.

Sementara itu, Rozlan berkata pihaknya menerusi Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT) Melaka memilih tujuh DUN untuk menyerahkan zakat wakalah TM.

“Pemilihan lokasi CSR adalah mengikut sistem penggiliran, untuk tahun ini kita memilih tujuh DUN iaitu Taboh Naning, Ayer Molek, Rembia, Asahan, Pantai Kundor, Telok Mas dan Duyong.

“Jumlah zakat wakalah yang diterima adalah sebanyak RM116,000 dan setiap penerima zakat akan menrima RM150 setiap orang.

“Diharapkan dengan bantuan sedikit ini dapat meringankan bebanan penerima untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1324
Kongsi :
Previous post Harap bantuan TH bawa sinar bergelar hajah
Next post Bapa didakwa bunuh bayi lelaki 6 bulan
Ubah saiz-+=