
Bapa didakwa bunuh bayi lelaki 6 bulan
IPOH, 6 April – Seorang jururawat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia enam bulan, Mac lepas.
Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, penjawat awam itu didakwa membunuh Muhammad Zakir Asyraf yang berusia enam bulan di sebuah rumah di Kampung Kepayang, Fairpark di sini kira-kira 10 malam, 17 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Jesseca kemudian menetapkan 12 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA INLAND PORT BAKAL JADI HAB UTAMA PENGANGKUTAN REL
KUALA LUMPUR 13 Jun - Melaka Inland Port atau Pembangunan Pelabuhan Darat Melaka (MIP) bakal merancakkan aktiviti perdagangan negeri ini...
LAPORAN BEDAH SIASAT DEDAH IBU, ANAK SULUNG MATI DITIKAM DI DADA, BELAKANG BADAN
MELAKA, 13 Jun - Bedah siasat ke atas mayat ibu dan anak lelaki sulung yang mati dibunuh remaja lelaki berusia...
USTAZAH ZAINAP TOKOH GURU JAIM 2025
BUKIT KATIL 13 Jun - Dedikasi yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa, selain berpegang kepada keikhlasan ketika mengajar menjadi pegangan...
MELAKA CARI ‘PELAPIS’ PENDERMA DARAH, SASAR ORANG MUDA
PENGKALAN BATU 13 Jun - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menyasarkan lebih ramai golongan muda untuk tampil dan menjadi pelapis...
WARGA PENDIDIK MELAKA HAYATI IBADAH KORBAN
AYER KEROH 13 Jun - Sebanyak 33 ekor lembu ditumbangkan pada program Qurban Perdana MADANI Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, baru-baru...
MELAKA BAIK PULIH 20 SEKOLAH RENDAH AGAMA
BUKIT KATIL 13 Jun - Sebanyak 20 buah Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan dibaik pulih...