40 pemilik rumah longgok sisa pukal sesuka hati terima notis

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

SERKAM 29 April – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka mengeluarkan 40 notis pemberitahuan kesalahan terhadap pemilik kediaman yang membuang sisa pukal di kawasan tidak dibenarkan.

Pengarahnya, Khairuladha Mutalib berkata kesemua notis itu dikeluarkan menerusi Operasi Pembersihan Khas Sisa Pukal dan Libat Urus Bersama Penduduk sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 13 April lalu sehingga hari ini.

“Sepanjang bulan Ramadan ini kita mensasarkan sebanyak 60 kawasan bagi sesi libat urus, hari ini merupakan hari kemuncak sebelum Aidilfitri yang mana sebanyak 62 taman perumahan telah kita pergi.

“Sesi libat urus itu melibatkan sebanyak 20,000 kediaman penduduk dan mereka telah diberikan penerangan tentang cara menguruskan sampah (sisa pukal) dengan betul.

“Sepanjang tempoh ini kira-kira 90 tan sisa pukal yang telah dikutip, dan kita mengeluarkan sebanyak 40 notis pemberitahuan kesalahan kerana melonggokkan sisa pukal di tempat tidak sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Pembersihan Khas Sisa Pukal dan Libat Urus Bersama Penduduk sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Serkam Maju di sini, hari ini.

SOFA lama menjadi antara sisa pukal yangdibuang tanpa mengikut tatacara yang betul. Foto: Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama Pengurus Besar Korporat Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd, Mohd Norlisam Mohd Nordin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penduduk dinasihatkan supaya menguruskan sisa pukal dengan betul bagi memastikan kerja-kerja kutipan sisa tersebut dalam berjalan dengan lancar.

“Sepatutnya cantasan sisa kebun (cantasan pokok) kena masuk dalam plastik bersesuaian, diikat dengan kemas dan diletakkan di tepi tong sampah.

“Sisa pukal ini perlu diletakkan di hadapan rumah mereka perkhidmatan mengutip sisa pukal akan dilakukan oleh pihak SWM Environment seminggu sekali,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2001
Kongsi :
Previous post Kes dera dua beradik: Polis tahan ibu kandung dan bapa tiri
Next post Rumah percuma hadiah Aidilfitri untuk nelayan Telok Gong
Ubah saiz-+=