
48 PASUKAN FUTSAL BAKAL BERENTAP, REBUT PIALA YDP MPHTJ
AYER KEROH 13 Disember – Kejohanan Futsal Piala YDP MPHTJ sempena Hari Perbandaran MPHTJ Ke-15 bakal menyaksikan 48 pasukan berentap bagi merebut gelaran juara dalam saingan dijadualkan di Kapten Futsal, Melaka Mall, 21 Disember ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata inisiatif itu bertujuan memperkasa aktiviti sukan menerusi pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Objektif kejohanan adalah menjadikan futsal sebagai sukan utama bagi setiap masyarakat tidak mengira usia.
“Ini salah satu platform memperkenalkan MPHTJ sebagai PBT yang mementingkan aktiviti kecergasan, sekali gus mengajak para belia lebih aktif dalam bidang ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya, setakat ini MPHTJ telah menerima sebanyak 23 penyertaan.
“Perlawanan dilangsungkan menerusi dua sesi bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.
“MPHTJ menawarkan hadiah tempat pertama iaitu wang tunai RM2,000 beserta medal dan trofi, tempat kedua RM1,000 dan medal.
“Diikuti tempat ketiga wang tunai RM500 beserta medal, tempat keempat RM300 dan tempat kelima hingga kelapan mendapat wang tunai RM150,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI LEBIH MERIAH BILA ADA ZON BEBAS KENDERAAN
KOTA LAKSAMANA 21 Oktober - Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir berjaya meningkatkan jumlah pengunjung ke Menara Taming Sari...
BN MAHU ‘BIRUKAN’ EMPAT DUN DALAM PARLIMEN HANG TUAH JAYA – RIDHWAN
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di kesemua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah...
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
