50 peratus kontraktor Melaka gulung tikar akibat COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDARAYA MELAKA 15 Julai – Pandemik COVID-19 yang melanda negara tiga tahun lalu menyebabkan pelbagai sektor terjejas.

Tidak terkecuali mereka yang terlibat dalam bidang pembinaan, termasuklah kontraktor-kontraktor di negeri ini.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Melaka Datuk Tajudin Husin berkata, sepanjang dua tahun negara terkesan dengan wabak itu, tidak kurang 50 peratus kontraktor di negeri ini terpaksa gulung tikar.

Katanya, yang paling teruk terjejas ialah kontraktor-kontraktor lama yang telah bertapak lebih 10 tahun.

“Ini kerana, kontraktor-kontraktor lama ini mempunyai banyak komitmen dalam industri. Mereka ada lori, jentera berat, mesin, pejabat dan lain-lain.

“Jadi, apabila tiada kerja, mereka tidak mampu membayar komitmen hingga menyebabkan lori ditarik, selain pejabat mereka dilelong.

“Impak ini tidak membabitkan kontraktor ‘fresh’ kerana komitmen mereka mungkin tidak setinggi yang lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-34 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Melaka di sebuah hotel, di sini.

Menurutnya, pasca COVID-19 pula menyaksikan berlaku lambakan kontraktor yang mana sehingga kini kontraktor dari kelas G1 hingga G7 berjumlah 3,500 orang.

Situasi itu juga katanya, turut memebri kesan kepada kerjaya berkenaan memandangkan saingan untuk mendapatkan projek daripada kerajaan terlalu tinggi.

Justeru, beliau menyambut baik cadangan Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer agar kontraktor di negeri ini beralih kepada pengkhususan sesuatu projek sehingga bergelar pakar.

“Apabila ada pakar seperti pakar bumbung, pakar batu, pakar besi seperti doktor ia dapat membantu kontraktor di negeri ini untuk terus bertahan.

“Malah, dengan kepakaran itu juga, mereka boleh cuba untuk beralih kepada sektor swasta untuk mendapatkan projek,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3045
Kongsi :
Previous post Paya Lebar: ‘The New River Cruise’
Next post Strawberi manis dari ‘negeri panas’
Ubah saiz-+=