5,500 jawatan kosong untuk rakyat Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

 

AYER KEROH 16 Okt. – Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021 anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Kerajaan negeri Melaka hari ini, menawarkan 5,500 jawatan kosong kepada rakyat negeri ini.

Exco Tenaga Kerja, Datuk Wira Ismail Othman berkata, karnival kali kedua itu bertujuan membantu mereka yang terkesan dan kehilangan kerja sejak pandemik COVID-19 melanda.

Menurutnya, seramai 20 majikan mengambil bahagian dalam karnival secara dalam talian yang berlangsung selama sehari itu dalam pelbagai bidang termasuk automotif, perkhidmatan dan lain-lain.

“Alhamdulillah, sambutan yang kita terima sejak pagi tadi cukup menggalakkan dengan difahamkan lebih 300 sudah menyertai padanan kerja secara dalam talian itu untuk pagi tadi sahaja.

“Kita berharap, kesemua 5,500 jawatan kosong yang disediakan itu akan dapat diisi oleh rakyat terutama mereka yang terkesan akibat hilang pekerjaan,” katanya dalam majlis pelancaran Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021 di Hotel Muzaffar, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sejak Januari hingga Ogos tahun ini, seramai 835 individu telah dikesan hilang pekerjaan akibat pandemik.

Jumlah itu, ujar beliau merangkumi 1.6 peratus daripada keseluruhan 52,190 individu kehilangan pekerjaan di seluruh negara.

“Meskipun begitu, PERKESO telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif untuk membantu mereka yang hilang kerja antaranya melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

“Untuk tahun 2020 sahaja, sebanyak 2,081 permohonan SIP telah diluluskan PERKESO Melaka dengan melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM10.92 juta,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

782
Kongsi :
Previous post Melaka River Cruise terima 10,000 pengunjung dalam 14 hari
Next post Pembinaan jeti nelayan Telok Mas, Pantai Puteri ditangguhkan
Ubah saiz-+=