7 individu sebar maklumat PKPD Ayer Keroh dipanggil polis

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BATU BERENDAM 9 Julai – Polis memanggil tujuh individu disyaki dalang penyebaran maklumat sulit berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ayer Keroh.

Kesemua individu 20 hingga 45 tahun antaranya penjawat awam dipanggil pada 6 Julai lalu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan itu dijalankan selepas menerima dua laporan berhubung penyebaran maklumat terbabit telah menimbulkan kegelisahan penduduk di kawasan itu.

“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak polis memanggil tujuh individu termasuk penjawat awam dipercayai terbabit untuk memberi keterangan berhubung kes itu,” katanya.

Menurut Afzanizar, kes terbabit disiasat akan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Terdahulu, tular beberapa mesej dan rakaman suara melalui aplikasi Whatsapp baru-baru ini menyatakan beberapa kawasan di Ayer Keroh dilaksanakan PKPD dan mengaitkan dengan penularan varian baharu iaitu Delta dan Beta.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, satu daripada laporan tersebut kerajaan negeri di Balai Polis Ayer Keroh.

“Laporan dibuat pada Selasa (mesej dan rakaman suara) telah menyebabkan kebimbangan 15,000 penduduk sehinggakan kerajaan negeri terpaksa memikirkan kaedah lain untuk melaksanakan PKPD.

“Pada awalnya, cadangan tersebut dibuat bagi mengawal penularan kes COVID-19 yang aktif di kawasan tersebut membabitkan kluster industri.

“Malah, ia turut membuatkan kekecohan orang awam di Ayer Keroh beberapa hari lalu menyebabkan perkara ini boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Tambahnya, setakat ini kerajaan negeri hanya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di kawasan perindustrian tersebut bagi mengawal penularan lima kluster aktif COVID-19 di kawasan berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

591
Kongsi :
Previous post COVID-19: Rekod baharu tertinggi dengan 9,180 kes hari ini
Next post Hospital Melaka terima sumbangan peralatan perubatan RM60,000
Ubah saiz-+=