COVID-19: Rekod baharu tertinggi dengan 9,180 kes hari ini

Masa Membaca:2 Minit, 7 Saat

KUALA LUMPUR 9 Julai – Malaysia mencatatkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 9,180 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 817,838.

Kes harian baharu tertinggi pernah direkodkan sebelum ini ialah 9,020 pada 29 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata, Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,271 kes, Negeri Sembilan (899) dan Sarawak 406 kes.

Kedah mencatat 417 kes, Sabah (323), Johor (315 kes), Melaka (222), Perak (241), Pahang (214), Kelantan (151), Pulau Pinang (142), Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan Perlis satu kes.

Dalam kenyataannya pula, Dr Noor Hisham berkata daripada 9,180 kes baharu dilaporkan hari ini 9,173 adalah penularan tempatan melibatkan 7,122 warganegara dan 2,051 bukan warganegara manakala tujuh kes import pula membabitkan dua warga tempatan dan lima warga asing.

“Jumlah kes sembuh pula ialah 5,713 menjadikan angka keseluruhan individu pulih daripada pandemik itu kini 731,193 atau 89.4 peratus, sekali gus menjadikan jumlah kes aktif setakat ini adalah 80,665,” katanya.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata 77 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini adalah 5,980 orang atau 0.73 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata bilangan pesakit COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 959 orang dengan 465 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan 30 lagi kluster baharu membabitkan 21 kluster tempat kerja, empat kluster komuniti, tiga kluster pusat tahanan dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Sungai Jelai Kuala Lipis, Pahang serta kluster pendidikan lain melibatkan Jalan Desa Putera, Selangor.

Kluster tempat kerja melibatkan Batu Lapan Bakri, Jalan Bukit Bakri, Jalan Haji Jaib, Jalan Duku Kiri, Jalan Sri Plentong Tiga dan Persiaran Agas (Johor); Industri Jalan Kusta, Zone T Selatan, Industri Jalan Telok Gong, Industri Nakhoda, Industri Jalan Satu Selesa Jaya dan Industri Jalan Gombak Batu 11 (Selangor).

Kluster itu turut dikesan di Jalan Ipoh Kecil, Jalan Matang dan Tapak Bina Jalan Khoo Teik Ee (Kuala Lumpur); Taman Merdeka Permai dan Taman Cempaka (Melaka); Jalan Saw Ah Choy dan Jalan Seramik Chepor 11/1 (Perak); Tapak Bina Bidara (Negeri Sembilan); serta Jalan Pasar Basah Mukah di Sarawak.

Kluster komuniti pula melibatkan Taman Bismi Rahmat, Kampung Bunut Satut dan Kampung Gelugor (Kelantan); dan Sawit Segama di Sabah manakala kluster pusat tahanan dikenal pasti Benteng Sri Aman dan Tembok Miri (Sarawak); serta Pagar Taman IKS di Selangor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

338
Kongsi :
Previous post Agensi bawa masuk 51 pekerja asing positif COVID-19 ke Melaka disiasat polis
Next post 7 individu sebar maklumat PKPD Ayer Keroh dipanggil polis
Ubah saiz-+=