7,000 dijangka meriahkan Karnival D’Bendang Sungai Rambai

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SUNGAI RAMBAI 12 November – Seramai 7,000 pengunjung dijangka akan memeriahkan Karnival D’Bendang Sungai Rambai yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Disember depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis berkata, karnival yang berlangsung di Kem Benteng Negara itu akan berkonsepkan pelancongan agro.

Beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, pelbagai acara menarik serta gerai pameran membabitkan pelbagai agensi menyerikan lagi karnival itu.

“Untuk penyertaan karnival ini ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai kerana ia merupakan karnival peringkat Negeri Melaka, oleh itu kita sasarkan kehadiran seramai 7,000 orang.

“Malah ini antara inisiatif kita sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), apabila kita tampilkan D’Bendang ini orang akan mengenali Sungai Rambai lokasi yang mempunyai kawasan serta suasana sawah padi yang cantik,” katanya.

Tambah Siti Faizah, sepanjang tiga hari Karnival D’Bendang itu turut diadakan Jualan Rahmah Madani, selain hadiah menarik menanti pengunjung yang hadir menerusi cabutan bertuah.

“Setakat ini saya dimaklumkan untuk karnival makanan terdapat 100 gerai yang akan menampilkan variasi makanan dari pelbagai negeri selain turut akan berlangsung pertandingan memasak ikan air tawar.

“Sudah semestinya nanti acara sukan di dalam bendang akan menjadi tumpuan begitu juga sukan tradisional dan pertandingan ratu bendang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6959
Kongsi :
Previous post International Fun Walk erat hubungan pelajar Melaka, antarabangsa
Next post Seronok amal gaya hidup sihat
Ubah saiz-+=