International Fun Walk erat hubungan pelajar Melaka, antarabangsa

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

PAYA RUMPUT 11 November – Lebih 800 peserta membabitkan pelajar, ibu bapa dan guru dari seluruh negeri ini menyertai Program 3KM International Fun Walk sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia di Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.

Lebih menarik program anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput itu turut mendapat penyertaan pelajar luar negara iaitu SD Negeri Ranomeeto, Sulawesi Indonesia; Pakistan; Algeria; Greece dan India yang berlangsung serentak secara langsung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata, selain meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak, program ini juga mengeratkan persahabatan antara satu sama lain.

“Briswalk atau berjalan perlahan ini konsep senaman bersesuaian dengan keluarga, SK Paya Rumput memilih program ini kerana ia bertepatan dengan konsep kekeluargaannya.

“Kita dapat lihat penglibatan bukan sahaja dalam Malaysia, malah luar negara. Saya difahamkan ada di antara mereka (peserta) bergerak bersama melalui ‘live streaming’ semasa program berjalan.

“Program ini pertama kali diadakan bagi peringkat antarabangsa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, jadi selepas ini sekolah lain juga perlu melakukan inisiatif yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan program berkenaan di Stadium Hang Jebat di sini, hari ini.

Hadir sama, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput, Rozahiran Hamzah dan lain-lain jemputan.

Img 20231111 Wa0009
ANTARA peserta terlibat.

Dalam pada itu, Rais yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri meminta agar Jabatan Pendidikan Negeri Melaka menjadikan program itu sebagai platform baharu untuk diadakan dalam skala yang lebih besar di masa akan datang.

“Justeru, saya minta wakil Jabatan Pendidikan untuk lihat program ini supaya kita boleh anjurkan dalam skala lebih besar di setiap daerah.

“Kalau dapat anjurkan di setiap DUN juga lebih bagus kerana boleh merapatkan hubungan kekeluargaan antara rakyat dan pemimpin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5892
Kongsi :
Previous post Keunikan Melaka jadi pilihan pelancong
Next post 7,000 dijangka meriahkan Karnival D’Bendang Sungai Rambai
Ubah saiz-+=