8,840 aduan menerusi SiSPAA berjaya diselesaikan setakat Ogos

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 14 September – Sebanyak 95.19 peratus aduan rakyat yang disalurkan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) dalam tempoh Januari hingga 31 Ogos tahun ini telah berjaya diselesaikan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata peratusan aduan yang diselesaikan iaitu sebanyak 8,840 aduan daripada jumlah keseluruhan aduan 9,287 aduan.

Katanya, sebanyak 7,286 aduan atau 82.42 peratus daripada aduan-aduan tersebut telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 15 hari.

“SiSPAA ini merupakan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memperbaiki dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri September 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata beliau berharap agar setiap aduan yang diajukan oleh rakyat menerusi SiSPAA pada Hari Bertemu Rakyat hari ini dapat diselesaikan segera.

“Segala aduan yang dimajukan oleh rakyat sempena Hari Bertemu Rakyat kali ini atau melalui platform SiSPAA dan media sosial Kerajaan Negeri ia perlu diselesaikan oleh jabatan atau agensi berkaitan perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

638
Kongsi :
Previous post Karnival Islamik, Melaka Berselawat diadakan hujung tahun ini
Next post Penyertaan lebih 3,000 pemidato bukti rakyat dalami prinsip Rukun Negara
Ubah saiz-+=