Penyertaan lebih 3,000 pemidato bukti rakyat dalami prinsip Rukun Negara

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 14 September – Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2023 Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka menerima penyertaan menggalakkan membabitkan seramai 3,041 peserta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusof berkata, penyertaan itu sekali gus membuktikan semangat patriotisme dan penghayatan rakyat terhadap prinsip Rukun Negara masih mendalam.

“Saya bangga semakin ramai anak muda khususnya pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

“Difahamkan jumlah penyertaan pada tahun ini meningkat dua kali ganda daripada jumlah penyertaan pada tahun lepas iaitu hanya 1,229 pemidato.

“Melihat kepada bilangan pemidato ini, saya yakin para juri juga menghadapi kesukaran untuk memilih pemenang kerana semuanya hebat-hebat belaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2023 Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama,  Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang akan menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pertandingan akhir pidato itu.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Terdahulu acara tahunan yang dilaksanakan sejak 2021 menjadi platform menyemai dan meningkatkan kefahaman rakyat mengenai perkara terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan ketika memerdekakan Malaysia.

Pada tahun ini, seramai 3,041 orang peserta keseluruhan berbanding 1,229 berbanding tahun lepas, meningkat sebanyak 247 peratus penyertaan.

Pertandingan yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia ini mempertaruhkan lima kategori iaitu kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Institusi Pengajian Tinggi, Awam dan Bukan Melayu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

622
Kongsi :
Previous post 8,840 aduan menerusi SiSPAA berjaya diselesaikan setakat Ogos
Next post Penjaja, peniaga di Melaka wajib carum PERKESO untuk perbaharui lesen perniagaan – KM
Ubah saiz-+=