Karnival Islamik, Melaka Berselawat diadakan hujung tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 14 September – Bersempena sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah dan kedatangan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), Kerajaan Negeri bakal menganjurkan Karnival Islamik pada hujung tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, karnival itu bakal berlangsung pada 23 hingga 31 Disember depan yang mana antara pengisian program ialah penganjuran program Melaka Berselawat yang dijangka diadakan pada 30 Disember.

Beliau berkata, penganjuran karnival itu diyakini bukan hanya dihadiri rakyat Melaka, bahkan mampu menarik pengunjung dan pelancong dari luar negeri ini.

“Justeru, saya menyeru kepada semua penjawat awam untuk sama-sama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul sempena kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

“Saya berharap, jabatan yang terlibat bagi penganjuran majlis sambutan itu nanti dapat melaksanakan sambutan ini dengan jayanya.

“Pastikan hebahan berkaitan majlis ini disampaikan segera kepada semua rakyat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka September 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2071
Kongsi :
Previous post Terminal kapal persiaran antarabangsa RM43 bilion dibina di Melaka
Next post 8,840 aduan menerusi SiSPAA berjaya diselesaikan setakat Ogos
Ubah saiz-+=