90,000 kenderaan dijangka masuk Melaka menjelang Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 6 April – Polis Melaka menjangkakan hampir 90,000 kenderaan luar akan memasuki negeri ini menjelang Aidilfitri awal Mei depan.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Razali Abu Samah berkata, jangkaan peningkatan jumlah kenderaan itu susulan perantau yang pulang ke kampung selain segelintir yang menggunakan cuti musim perayaan untuk melancong.

“Pada 1 April lalu selepas pembukaan sempadan negara tiga pintu masuk utama ke negeri ini menunjukkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan 45,203 kenderaan.

“Memang kita jangka berlaku kesesakan di pintu masuk utama negeri ini pada Aidilfitri nanti, orang ramai menggunakan peluang yang ada untuk berjumla sanak saudara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Kempen Keselamatan Rumah dan Pengedaran Bubur Sempena Bulan Ramadan 2022 yang turut dihadiri EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zaidi Attan serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman, di hadapan pusat beli-belah Melaka Mall, hari ini.

Razali mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) meskipun banyak kelonggaran diberikan kerajaan.

Dalam perkembangan lain Razali berkata, pihaknya belum mengeluarkan sebarang permit permohonan kebenaran penjualan mercun dan bunga api walaupun menerima permohonan.

“Setakat ini kita menerima 21 permohonan penjualan mercun dan bunga api sekitar Alor Gajah dan Melaka Tengah namun ianya masih dalam proses kelulusan.

“Beberapa kriteria dan syarat perlu diambil sebelum kita luluskan termasuk lokaliti serta senarai mercun yang dibenarkan dijual,” katanya.

Ends//

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1098
Kongsi :
Previous post Aidilfitri: 4.7 juta kenderaan dijangka berada di jalan raya – Bukit Aman
Next post Kes pecah rumah Aidilfitri tahun lalu meningkat 85%
Ubah saiz-+=