Persimpangan Ramuan China Besar – Ayer Molek ditutup 3 Oktober depan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER LIMAU 27 September – Persimpangan Ramuan China Besar menghala ke Persimpangan Ayer Molek akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja membaiki pembentung, longkang dan jalan bermula 3 hingga 5 Oktober depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, penutupan jalan yang menghubungkan Masjid Tanah dan Lubok China itu membabitkan laluan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer (km).

“Berikutan itu pengguna diminta merancang perjalanan mereka dengan menggunakan laluan aternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

“Kerja-kerja pembentungan akan dijalankan pada jambatan anak sungai terletak berhampiran pusat pemprosesan ayam dan Inap Desa Demi Idaman Ramuan China Besar,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Hameed berkata, pengguna dari Masjid Tanah yang ingin ke Lubok China boleh melalui jalan alternatif persimpangan Ayer Molek-Paya Lebar-Lubok China.

Katanya, pengguna khususnya penduduk Kampung Ramuan China Besar pula dinasihatkan melalui jalan sama dan merentasi ke Simpang Paya Lebar untuk menghala ke Ramuan China Besar.

“Bagi mana-mana penduduk yang menetap dalam kawasan penutupan jalan akses keluar masuk masih dibenarkan namun ia hanya setakat pada jambatan itu sahaja,” katanya.

Pihaknya memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan papan tanda panduan laluan alternatif akan dipasang di lokasi sudah dikenal pasti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1382
Kongsi :
Previous post Polis kesan waris mayat wanita terdampar di Pantai Puteri
Next post 200 pelajar DUN Asahan terima bantuan persekolahan
Ubah saiz-+=