200 pelajar DUN Asahan terima bantuan persekolahan

Masa Membaca:51 Saat

ASAHAN 27 September – Seramai 200 anak-anak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023/24 menerima bantuan persekolahan, hari ini.

Bantuan dengan nilai keseluruhan RM20,000 itu merupakan sumbangan daripada Yayasan Bank Rakyat dan mendapat kerjasama Japerun Asahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, bantuan itu merupakan tanggungjawab sosial korporat yayasan berkenaan bagi menaikkan semangat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

“Terima Kasih Kepada pihak Yayasan Bank Rakyat di atas bantuan ini dan diharapkan kepada calon-calon SPM sesi 2023/24 tekadkan usaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Terdahulu, majlis yang diadakan di Dewan Hang Kasturi, Selandar, di sini, itu turut dihadiri Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat Yayasan Bank Rakyat Khairul Naim Ariffin; Pengarah Pendidikan Daerah Jasin Baharudin Husin; Pengurus Bank Daerah Jasin Norulhisham Mohd Hassan; Penghulu DUN Asahan Ahmad Fadzly Azman; pemimpin-pemimpin setempat dan pengetua sekolah menengah di DUN Asahan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1917
Kongsi :
Previous post Persimpangan Ramuan China Besar – Ayer Molek ditutup 3 Oktober depan
Next post Polis Melaka buka kertas siasatan isu sos cili peket
Ubah saiz-+=