
[DIKEMASKINI] Pemuda maut dirempuh lori di Jalan Batang Tiga
KLEBANG 23 November – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Jalan Batang Tiga-Bukit Rambai, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.24 pagi itu, mangsa, Muhammad Siddiq Amran, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas sedang dalam perjalanan dari arah Batang Tiga menghala ke Bukit Rambai.
Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai dirempuh sebuah lori dari arah bertentangan yang cuba mengelak sebuah lagi motosikal.
“Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 67 tahun tidak mengalami kecederaan namun mendapatkan rawatan susulan di Hospital Melaka.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan POL61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian,” katanya.
Menurut Christopher, siasatan lanjut masih diteruskan berikutan tiada saksi bebas tampil memberi keterangan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
91.94 PERATUS RAKYAT MELAKA BERPUAS HATI DENGAN KUALITI PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 30 Jun – Tahap kepuasan rakyat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam di Melaka pada 2025 amat membanggakan apabila...
KARNIVAL MADANI SEMAI PERPADUAN SEJAK DI BANGKU SEKOLAH
KESIDANG 30 Jun – Usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda terus diperkasakan menerusi penganjuran Karnival Madani, program yang...
PLATFORM WRUR PERKASA PENYELESAIAN ISU RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Lebih 50 aduan diterima pada Hari Aduan Rakyat sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR SERKAM: LEBIH 100 ADUAN RAKYAT AKAN DISELESAIKAN
SERKAM 30 Jun - Sebanyak 53 aduan diterima pada Hari Aduan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bersempena Program Wakil...
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
SOKONGAN MAIM BELA KEHIDUPAN ASNAF MUALAF
AYER MOLEK 29 Jun - Sokongan berterusan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terbukti menjadi talian hayat penting bagi golongan...
