
MUSA tubuh jawatankuasa khas bincang nasib pemain, jurulatih
AYER KEROH 13 Nov – Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan nasib pemain dan staf kejurulatihan susulan kontrak mereka akan tamat pada akhir November ini.
Bendahari Kehormatnya, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, MUSA mengadakan perbincangan bersama Presiden Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali dua hari lalu bagi membincangkan mengenai hala tuju pasukan untuk saingan musim hadapan.
Katanya, dalam pertemuan itu Presiden mahu menubuhkan jawatankuasa khas bagi memperhalusi prestasi semua mereka sama ada kontrak disambung atau sebaliknya.
“Apa-apapun tunggu kontrak (mereka) tamat dahulu dan kemudian menerusi komuniti itu mereka akan memperhalusi sama ada mengekalkan mereka untuk persaingan Liga Malaysia pada musim depan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) hari ini.
Isnin lalu, Ketua Jurulatih Melaka United Zainal Abidin Hassan dilaporkan berkata, beliau menyerahkan nasibnya kepada pengurusan MUSA, berikutan gagal membantu kemaraan pasukan dalam kempen Piala Malaysia musim ini.
Bagaimanapun katanya, tiada alasan boleh diberikan terhadap prestasi terumbang-ambing yang ditampilkan sepanjang musim ini, namun beliau tetap menzahirkan rasa gembira sepanjang memimpin pasukan selama dua musim.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...
