
Dadah lebih RM1.04 juta dilupus di Tanjung Minyak
TANJUNG MINYAK 13 Mac – Dadah seberat 26 kilogram (kg) bernilai lebih RM1.04 juta yang merupakan hasil rampasan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan sepanjang 2022 berjaya dilupuskan, di sini, hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, pelupusan dadah jenis Methamphetamine itu dilakukan selepas pihaknya menerima perintah rasmi mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan.
Proses pelupusan dadah itu, jelasnya dilakukan menggunakan kaedah pembakaran melalui insinerator yang diuruskan oleh MEDIVEST Sdn. Bhd.
“Kaedah ini telah dipilih kerana ia merupakan salah satu cara yang selamat dan berkesan untuk memusnahkan dadah yang dirampas tanpa mencemari alam sekitar,” katanya.
Pelupusan dadah berkenaan telah disaksikan Timbalan Pengarah Negeri (Operasi), Komander Maritim Norrimi Hassan; Timbalan Pengarah Negeri (Pengurusan), YM Raja Noorazmi Raja Ismail; Pengurus Kanan Sisa Penjagaan Kesihatan, MEDIVEST Sdn. Bhd. Nadiratul Noziana Abd Majid dan Pengurus Loji MEDIVEST Sdn. Bhd. Tariq Fuad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA HOSPITAL PANEL MAMOGRAM UNTUK WANITA MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Tiga hospital swasta di negeri ini dilantik sebagai hospital panel bagi membantu golongan wanita menjalani...
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...
