
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
KUALA LUMPUR, 10 April – Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN SATU LAWAN SATU DI DUN AYER MOLEK
AYER MOLEK 31 Oktober - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek menyaksikan persaingan satu lawan satu pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN DUA PENJURU DI N04 LENDU
LENDU 31 Oktober - Dua pencalonan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi persaingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N04...
BALAI SENI LUKIS BAWA 48 KARYA GAMIT MEMORI, WARISAN MASYARAKAT FELDA
BANDA HILIR 31 Oktober - Sebalik warna, tekstur dan bentuk hasil seni dipamerkan tersirat kisah kehidupan, memori serta trasformasi masyarakat...
PRN MELAKA: MERLIMAU SAKSI PERTEMBUNGAN DUA PENJURU
MERLIMAU 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menyaksikan...
PRN MELAKA: DUA PENJURU DI DUN DUYONG
DUYONG 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi N21 Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: SAINGAN TIGA PENJURU DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
