
‘Allahyarham berniat mahu tunai haji bersama keluarga’
MACHAP JAYA 19 April – Allahyarham Datuk Wira Zaidi Johari pernah menyatakan perancangan untuk menunaikan ibadah haji bersama ahli keluarganya dalam pertemuan baru-baru ini.
Adik iparnya, Zulkifli Kamaludin, 43, berkata perkara itu dinyatakan Allahyarham pada perjumpaan keluarga di Gemencheh, Negeri Sembilan, baru baru ini.
“Kali terakhir kami berjumpa saya sempat berborak bersamanya ketika beraya di rumah saudara pada malam hari raya pertama.
“Setahu kami arwah sedang merancang untuk mununaikan ibadah haji bersama keluarga dan saudara-mara pada tahun ini. Tetapi kami terkejut dengan pemergiannya pagi ini.
“Malah sepatutnya esok Allahyarham akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Ihsan Kampung Tebong, hari ini.
Zulkifli berkata, sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan sebagai seorang yang amat merendah diri meskipun memegang jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan termasuk di Negeri Sembilan dan Melaka.
“Kawan universiti saya dahulu juga pernah berkhidmat di bawah Allahyarham. Beliau adalah seorang ketua yang sangat senang untuk berurusan dan tidak ada masalah dengan kakitangan bawahan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERGIAT KEMPEN TUKAR KAD OKU BAHARU
AYER KEROH 5 Mei - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menerima sebanyak 474 permohonan penukaran kad Orang Kurang Upaya (OKU)...
DBP WILAYAH SELATAN – MELAKA HARI INI JALIN KERJASAMA MARTABAT BAHASA MELAYU
AYER KEROH 5 Mei - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan menjalin kerjasama dengan Melaka Hari Ini (MHI) Sdn...
SENARAI PEMAIN MELAKA FC AKAN DIMUKTAMADKAN HUJUNG BULAN INI – NUR AZMI
MELAKA, 5 Mei - Persediaan Melaka FC untuk bersaing dalam saingan liga elit negara, Liga Super semakin menyakinkan apabila senarai...
MARITIM GAGALKAN SINDIKET SELUDUP CECAIR DADAH BERNILAI RM15 JUTA DI PENGKALAN BALAK
KUALA LINGGI 5 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan sindiket menyeludup keluar cecair bahan kimia mengandungi...
POTENSI KERJASAMA PELANCONGAN MELAKA-JEDDAH
AYER KEROH 5 Mei - Peluang menyertai delegasi rasmi Malaysia ke Jeddah, Arab Saudi dimanfaatkan sepenuhnya Kerajaan Negeri bagi menjalin...
GAGAL DIHUBUNGI, WARGA EMAS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
KESIDANG 5 Mei - Kebimbingan seorang lelaki selepas gagal menghubungi rakannya terjawab selepas warga emas terbabit ditemukan meninggal dunia di...